Thursday, October 15, 2009

Fadhilat Amalan Ayat Kursi

Fadhilat Amalan Ayat Kursi

AYAT Al-Kursi iaitu ayat 255 Surah Al-Baqarah yang digelar sebagai penghulu dari segala ayat di dalam Al-Quran, sesungguhnya mempunyai banyak fadhilat dan faedah bagi sesiapa yang mengamalkan membacanya. Terdapat banyak Hadis Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam (yang diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim dan lain-lain) yang menerangkan fadhilat-fadhilat itu. Diantaranya ialah:

1. Sesiapa yang sentiasa beramal membacanya setiap kali selepas solat, nescaya dikurniakan pahala seumpama pahala orang yang muttaqin dan pahala balasan amal orang-orang siddiqin iaitu syurga.

2. Sesiapa yang membaca Ayat Al-Kursi ketika hendak tidur, nescaya Allah mengurniakan keselamatan kepadanya dan jiran-jirannya.

3. Sesiapa yang membaca Ayat Al-Kursi sebanyak 170 kali pada waktu tengah malam kerana sesuatu hajat, Insya Allah akan berhasil hajatnya.

4. Sesiapa yang menemui halangan atau kesusahan dalam usaha mencari rezeki, bacalah Ayat Al-Kursi 170 kali. Insya-Allah akan terlepas dari kesusahan itu dan mudah rezekinya serta tercapai hajatnya.

5. Sesiapa yang membaca Ayat Al-Kursi sebanyak 170 kali, diikuti dengan solat hajat di tengah malam pada tempat yang sunyi dan bersih, Insya Allah akan berhasil hajatnya.

6. Sesiapa yang naik marah, bacalah Ayat Al-Kursi, Insya Allah akan dijauhkan daripada syaitan yang memanaskan hatinya. Mereka yang rajin mengamalkan membaca Ayat Al-Kursi dapat dijauhi dari bala bencana dan gangguan syaitan.

7. Sesiapa yang ingin meningkatkan kecerdikan atau terang hati, amalkan membaca ayat Al-Kursi 170 kali. Amalan ini juga Insya Allah boleh mendapatkan petunjuk dari Allah Subhanahu wa Ta'ala.


*Sebelum Ayat Al-Kursi diamalkan mengikut hajat masing-masing, elok solat sunat lebih dahulu, seperti solat sunat Hajat, solat sunat Tahajjud atau solat sunat mutlak.

No comments:

Post a Comment