Friday, October 1, 2010

Pandangan ulama' mengenai wang "HARAM"

Ulama hanafi menyebut :-
والملك الخبيث سبيله التصدق به, ولو صرف في حاجة نفسه جاز . ثم إن كان غنيا تصدق بمثله
Ertinya : Pemilikan kotor ( haram) jalan keluarnya adalah disedeqahkannya, malah jika pemilik itu seorang faqir), ia bleh mengambil untuk dirinya sendiri, kemudian, jika selepas itu dia menjadi kaya, hendaklah dia mendermakan wang haram (yang pernah diambilnya sewaktu miskin dahulu) ( Al-Ikhtiyar Li Ta'lil al-Mukhtar, 3/61)

Ulama mazhab Maliki seperti Al-Qarafi dan Ad-Dawudi menjelaskan wang haram tidak hanya terhad untuk diberikan kepada faqir dan miskin sahaja tetapi juga apa-apa pembangunan dan kegunaan yang memberi manfaat kepada umum menurut budi bicara dan penilaian pemerintah adil. Jelasnya, mazhab maliki juga setuju faqir, miskin malah warga emas yang memerlukan boleh menerima wang sedemikian tanpa masalah. ( rujuk Al-Dzakhirah, 5/69)

Ulama Mazhab Syafie, Imam An-Nawawi menukilkan kata-kata Imam al-Ghazali yang berkata:
وإذا دفعه - أي المال الحرام- إلى الفقير لا يكون حراماً على الفقير , بل يكون حلالا طيبا
Ertinya : sekiranya wang haram itu diberikan kepada faqir miskin, ia tidaklah haram ke atas faqir ( dan miskin), bahkan ia adalah halal lagi baik untuk mereka. ( Al-Majmu' , 9/428)

Imam A-Ghazzali juga menjawab keraguan beberapa ulama lain :-
وقول القائل: لا نرضى لغيرنا ما لا نرضاه لأنفسنا فهو كذلك ولكنه علينا حرام لاستغنائنا عنه وللفقير حلال إذا حلّه دليل الشرع وإذا اقتضت المصلحة التحليل وجب التحليل
Ertinya : Menjawab kata-kata orang yang berkata : "Kita tidak sepatutnya redha untuk diberikan kepada orang lain sesuatu yang kita tidak redha untuk kita". Memang benar sebegitu, namun dalam kes wang haram yag dimiliki, ia haram ke atas diri kita (pemilik) untuk menggunakannya, namun ia bagi faqir, miskin adalah halal, kerana telah ada dalil syara' yang menghalalkannya dan di ketika wujud kebaikan dari pemberian tersebut (kepada penerima), maka wajiblah diberikan. (Ihya Ulumiddin, 2/212)

Syeikh al-Qaradawi ketika membicara hal pengagihan wang haram berkata :
إذن ما دام هو ليس مالكا له, جاز له أخذه والتصدق به على الفقراء والمساكين أو يتبرع به لمشروع خيري
Ertinya : Oleh itu, selagi wang haram (yang dimiliki seseorang itu tidak diiktiraf oleh syaraa' sebagai miliknya), harus bagi pemegang itu untuk ambilnya dan disedeqahkan kepada faqir miskin atau didermakan kepada projek-projek kebaikan (untuk maslahat umum). ( Fatawa Mu'asiroh, 1/606)

Tuesday, September 28, 2010

12 barisan di Akhirat

Suatu ketika, Muaz b Jabal ra mengadap Rasulullah SAW dan bertanya: “Wahai Rasulullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah SWT:”Pada sangkakala ditiup,maka kamu sekalian datang berbaris-baris”Surah an-Naba’:18 Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis dan basah pakaian dengan air mata. Lalu menjawab: “Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepada aku, perkara yang amat besar,bahawa umatku akan digiring, dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri….” Maka dinyatakan apakah 12 barisan tersebut:
BARISAN PERTAMA Di iring dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: “Mereka itu adalah orang-orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati jirannya, maka demikianlah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”
BARISAN KEDUA Diiring dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: “Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan solat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”
BARISAN KETIGA Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking. “Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”
BARISAN KEEMPAT Diiring dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka. “Mereka itu adalah orang yang berdusta di dalam jualbeli, maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka…”
BARISAN KELIMA Diiring dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu Allah SWT menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar. “Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah SWT, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”
BARISAN KEENAM Diiring dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan. “Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”
BARISAN KETUJUH Diiring dari kubur tanpa mempunyai lidah tetapi dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah. “Mereka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran,maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”
BARISAN KELAPAN Diiring dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas.”Mereka adalah orang yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”
BARISAN KESEMBILAN Diiring dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh. “Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sebenarnya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”
BARISAN KESEPULUH Diiring dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan penyakit sopak dan kusta. “Mereka adalah orang yang derhaka balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”
BARISAN KESEBELAS Diiring dari kubur mereka dengan berkeadaan buta mata-kepala, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran. “Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”
BARISAN KEDUA BELAS Mereka diiring dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka,datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan: “Mereka adalah orang yang beramal salih dan banyak berbuat baik. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga,mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha Pengasih…” Jika engkau mahukan kemesraan dengan Allah, maka garanglah terhadap dirimu sendiri. Jika engkau merasakan manisnya berhubung dengan Allah, tahulah engkau betapa peritnya berpisah denganNya…..

Thursday, September 9, 2010

SELAMAT HARI RAYA....

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN KEPADA SEMUA BLOGGER2 YANG MEMBACA BLOG IJAPUTIH.JIKA ADA SALAH SILAP HARAP MAAF...SELAMAT HARI RAYA.

Monday, August 30, 2010

Kerajaan kelantan saman petronas...

Kerajaan negeri Kelantan, dengan ketuai oleh Menteri Besar, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat, telah memfailkan saman terhadap syarikat minyak negara, Petronas, untuk menuntut royalti minyak yang tidak dibayar sejak 2004.Saman terhadap Petronas itu meliputi dakwaan melanggar perjanjian kontrak dan juga turut membabitkan isu perlembagaan.Nik Aziz yang diiringi oleh timbalannya, Datuk Ahmad Yaakob dan exco kanan kerajaan negeri, Datuk Husam Musa dan Datuk Takiyuddin Hassan, menyaksikan saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Dagang Kuala Lumpur pagi ini. Turut hadir ialah bendahari PAS, Dr Mohd Hatta Ramlli.Peguam kanan Tommy Thomas mewakili kerajaan Kelantan.Notis sepanjang 47 halaman itu antara lainnya menuntut:
1. Pelaksanaan spesifik perjanjian petroleum Kelantan.2. Siasatan dijalankan ke atas Petronas untuk membuat pendedahan penuh berhubung fakta berkaitan bayaran tunai yang perlu dibayar kepada Kelantan.
3. Perintah supaya semua tunggakan bayaran tunai dilunaskan dalam tempoh sebulan daripada perintah mahkamah.4. Gantirugi beserta kos dan faedah ke atas jumlah yang diperintahkan dibayar.5. Relief lain dan juga kebebasan untuk memohon.Anggota polis bertindak mengawal keadaan di kawasan komplek mahkamah sejak awal pagi ini.Pertikaian berlarutanIsu royalti minyak yang berlanjutan selama ini, timbul semula sewaktu kempen pilihan raya kecil DUN Manek Urai tahun lalu.Ini diikuti dengan tindakan kerajaan pusat pula menyiarkan beberapa dalam akhbar berbahasa Melayu, menyatakan bahawa Kelantan tidak layak menerima royalti minyak kerana ia telah menerima "wang ehsan" sebanyak RM20 juta.
Hujah berkenaan bagaimanapun disangkal oleh bekas naib presiden Umno dan juga bekas pengerusi Petronas Tengku Razaleigh Hamzah yang menyifatkannya sebagai "menghina kebijaksanaan" rakyat Kelantan.Saman pemula hari ini merupakan rentetan daripada tindakan kerajaan pimpinan PAS Kelantan pada Mac lalu melantik Tengku Razaleigh sebagai wakil perunding negeri itu untuk menuntut royalti minyak daripada kerajaan pusat.Kelantan didakwa berhak menerima bayaran royalti minyak antara RM850 juta hingga RM1bilion untuk pengeluaran di pelantar minyak yang terletak sejauh 170 kilometer dari perairan Kelantan.
Husam sebelum ini berkata bayaran tersebut perlu dibuat mengikut Akta Petroleum 1974 yang membolehkan negeri menerima royalti minyak sebanyak lima peratus daripada hasil perolehan petroleum.

Thursday, August 5, 2010

1malaysia anak melayu




Inilah gaya Gadis melayu la ni.. ntah depa paham ke idak maksudnya?
Amat malanglah kalau depa paham!

Inilah hasilnya kelak!

Apa pendapat sahabat semua?

jangan salah faham ye.Tu adalah 1malaysia anak2 malayu kita.

Hidup melayu.....1malaysia...wakaka

Sekat pergaulan bebas, bukan kahwin awal

Cadangan Kerajaan Negeri Melaka memberikan kelonggaran kepada remaja yang masih bersekolah untuk berkahwin bukan suatu penyelesaian jangka panjang, kata Timbalan Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusuf.

Beliau berkata, kebenaran perkahwinan di awal usia bukan isu pokok sebaliknya yang harus diberikan perhatian adalah seluruh sistem kehidupan yang diamalkan di negara ini.

"Kerajaan tidak melihat penyelesaian yang lebih jauh. Penyelesaiannya bukan terletak kepada pelajar diberi kahwin awal tapi penyelesaiannya sistem itu sendiri iaitu sistem pembelajaran, pendidikan, dan sosial.

"Sistem yang ada di negara kita ini jauh menyimpang dari al-Quran. Contohnya sekarang ini di sekolah-sekolah atau di mana sahaja banyak program yang menyebabkan pergaulan bebas lelaki dan perempuan.

"Ini menyebabkan berlakunya masalah hamil dan anak luar nikah di negara kita begitu ketara sekali," katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Ahli Parlimen Rantau Panjang itu juga berkata, kerajaan seharusnya mengambil langkah pencegahan dengan menyekat segala aktiviti dan tempat-tempat yang boleh membuka ruang kepada remaja bergaul bebas seterusnya terjerumus ke kancah penzinaan.

"Selain daripada kita mengkaji balik cadangan perkahwinan awal itu, kita kena melihat dari segi peraturan, penguatkuasaan undang-undang yang ada dari segi kawalan sistem itu sendiri supaya perkara ini menjurus ke arah mengawal maksiat ini daripada berlaku.

"Sekarang kerajaan baik, rakyat baik, harus menjauhi daripada segala bentuk yang dapat mendekatkan diri dengan zina," ujarnya.

Katanya juga, keputusan membenarkan pelajar yang masih bersekolah itu berkahwin dibimbangi menyebabkan masalah keciciran dalam akademik akibat tidak dapat mengendalikan rumah tangga dengan baik.

"Perlu juga melihat sejauh mana pelajar yang berkahwin itu bertanggungjawab terhadap perkahwinannya. Kita bimbang tidak sampai kepada hala tuju dan penyelelesaiannya. Saya takut mereka yang berkahwin akan keciciran dalam pelajaran kerana tidak ada penyelesaian terhadap sara hidup. Jadi tidak selesaikan masalah," katanya lagi.

Ujarnya, kerajaan Umno Barisan Nasional harus melihat keseluruhan sistem Islam, bukan mengambil sebahagian sahaja yang memberi kebaikan kepada mereka.

"Saya minta kerajaan melihat Islam secara keseluruhan, bukan sudut-sudut tertentu yang mendatangkan kebaikan kepada mereka," ujarnya.

Sementara itu, Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta Kerajaan Negeri Melaka membuat kajian secara mendalam sebelum memberi kelulusan bagi membenarkan pelajar sekolah berkahwin awal bagi mengelakkan kesan negatif di kemudian hari.

Majlis Agama Negeri Melaka (MAIM) dan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) telah memberi kelonggaran bernikah kepada pelajar lelaki di bawah umur 18 tahun dan bawah 16 tahun bagi pelajar perempuan.

Sunday, July 18, 2010

Hapus cukai 5 tahun jika Pakatan jadi kerajaan

KUALA KRAI, 17 Julai: Pakatan Rakyat sedia mencari jalan untuk memansuhkan cukai selama lima tahun sekiranya rakyat sedia memberi mandat pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kelak.

Demikian tawaran AJK PAS Pusat yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Kelantan, Datuk Husam Musa (gambar) semalam pada suatu majlis Pakatan Rakyat negeri di sini.

"Kalau Pakatan Rakyat dapat ambil alih (kerajaan) Pusat lepas PRU13, cukai pendapatan akan dimansuhkan sepenggal atau sekurang-kurangnya kakitangan kerajaan tak perlu bayar sepenggal," ujar beliau.

Menurut beliau, kepemimpinan Pakatan Rakyat mempunyai formula tersendiri untuk urus tadbir kewangan negara secara adil, dinamik dan tidak membebankan rakyat.

Disebabkan itu, beliau menganggap langkah pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri menaikkan harga barangan asasi rakyat sebagai tindakan yang tidak bijak serta tidak menguntungkan rakyat.

Katanya lagi, kerajaan sepatutnya mengutamakan keperluan rakyat dengan menangguhkan beberapa projek mega yang nyata menguntungkan pihak tertentu semata-mata.

Tidak cukup dengan itu, beliau turut menganggap pentadbiran Najib bertindak menipu rakyat kerana tidak terlebih dahulu membawa cadangan menaikkan harga minyak RON95, diesel, gula dan petroleum gas cecair (LPG) ke Dewan Rakyat baru-baru ini.

Tambahnya, indakan Najib yang juga Menteri Kewangan I mengumumkan kenaikan harga beberapa barangan tersebut sejurus selesai sidang Dewan Rakyat seolah-olah tidak mengiktiraf kedudukan Dewan Rakyat dalam sistem demokrasi negara.

Impak dari kenaikan harga beberapa komoditi tersebut, katanya lagi, meninggalkan kesan berantai seperti inflasi yang nyata cukup menghimpit kehidupan kaum nelayan, petani, peniaga hatta pengguna sendiri.

Turut hadir mengisi pentas bantahan adalah Ketua Pemuda PAS Kelantan, Abdul Latif Abdul Rahman (Adun Mengkebang), Bendahari PAS Pusat, Dr. Mohd Hatta Ramli (Ahli Parlimen Kuala Krai) serta Tony Phua (Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara).

Saturday, July 17, 2010

Telo oh Telo

Ambo buke nok crito banyok la tapi nok oyak hok beto ko adik kakok,abe2 hok baco blog ambo ni.Kemarin sebelum tubek gi kijo,ambo gi beli aye goreng sketul dgan samba ike bilis,tu pun ut jah.Ambo wi pitih rm10 ko tue keda.tengok2 dio wi nyucur rm5.50.ambo pun oyak la ko saing ambo.sejak minyok naik,rego lauk pun naik jgok.maha plok tu.biaso kalu ambo abik lauk gitu rego dia dale rm3 jah.lpah tu takpo la,ambo pun gi la kijo supo skalo dgan hati sdih..

Letih balik kijo dale pkul 7,biaso la ambo mandi,maye,ngaji.Maso dok buat 3 karo tadi dok mikir dale palo nok make gapo pahni.Saing ambo pon gi la keda nk beli telo.bilo dio balik ambo tengok la dio bowok telo hok dio beli kede takdi.ada 2 butir jah.Ambo tanyo dio.

"bakpo beli 2 butir jah?"
"telo mahal la.sbutir pon rego 40sen"

Ambo pon tkejut dgar dio oyak gitu.Lpah tu ambo pon make la nasi dgan kicap.Dok mikir jgok,kalu telo doh naik,tokke barang2 lain tok naik.Ni semo sebak.......................

Barang Naik.....Benjamin Natenyahu punye pasal la....

"SAYA BUKAN NAK TOLONG,TAPI NAK MENYUSAHKAN"
Kato2 Pemimpin Mu la tu

Friday, July 16, 2010

1malaysia,1barang,1harga

Petrol RON 95 dan RON 97 serta diesel naik 5 sen.
Manakala harga gula pula naik 25 sen, dengan gas LPG naik sebanyak 10 sen sekilogram
Kenaikan semua harga tersebut akan berkuatkuasa mulai tengah malam tadi.
Berikut adalah harga baru:
- Petrol RON 95 - RM1.85 seliter.
- Petrol RON 97 - RM2.10 seliter.
- Diesel - RM1.75 seliter.
- Gula - RM1.70 sekilogram
- Gas LPG - RM1.85 sekilogram
Berikut adalah harga baru gas:
* Tong 14KG - dari RM24.50 kepada RM25.90 (naik RM1.40)
* Tong 12KG - dari RM21.00 kepada RM22.20 (naik RM1.20)
* Tong 10KG - dari RM17.50 kepada RM18.50 (naik RM1.00)Sumber rasmi kenyataan kerajaan terhadap perkara diatas belum dikenalpasti.Berita kenaikkan harga ini dikeluarkan akhbar internet Malaysiakini, yang menyenaraikan senarai kenaikkan diatas.Di Alor Setar, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, hanya menekankan semula keperluan kerajaan mengurangkan subsidi.Najib dilaporkan berkata, kerajaan perlu mengurangkan subsidi bagi menjimatkn perbelanjaan dan mengurangkan defisit fiskal supaya pasaran dunia dan dalaman lebih yakin dengan kekuatan ekonomi negara. Najib yang juga Menteri Kewangan dipetik Berita Harian Online berkata, penjimatan perbelanjaan itu juga akan digunakan untuk pembangunan negara yang akhirnya memberi faedah kepada rakyat.Kenaikan harga ini adalah mungkin berikutan cadangan, Ketua Pegawai Eksekutif Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (Pemandu), Datuk Seri Idris Jala ketika membentangkan cadangan rasionalisasi subsidi pada Hari Terbuka Makmal Rasionalisasi Subsidi di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 27 JMei laluIdris mengemukakan perkara tersebut dikemukakan setelah pihaknya dikatakan menjalankan kajian terhadap impak subsidi ke atas ekonomi global.“Kita mencadangkan agar harga petrol (RON 95) dinaikkan sebanyak 15 sen daripada RM1.80 seliter kepada RM1.95 seliter antara Jun dan Disember tahun ini.“Manakala, bagi diesel pula, harga yang telah disubsidi ialah RM1.70 dan kita mencadangkan supaya harganya dinaikkan sebanyak 10 sen kepada RM1.80 seliter,” katanya.Tambahnya, langkah yang tidak popular itu terpaksa diambil oleh kerajaan bagi mengelakkan bajet defisit yang ditanggung oleh kerajaan pusat.Idris yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, harga petrol patut dinaikkan 10 sen seliter secara berperingkat dalam tempoh setiap enam bulan sementara bagi harga LPG pula ia wajar dinaikkan sebanyak 20 peratus setiap tahun."

Saturday, July 10, 2010

Keajaiban Otak

20 Rejab 1431HOleh : Seri BudimanSeorang doktor di Amerika Syarikat telah memeluk Islam kerana beberapa keajaiban yang ditemuinya dalam penyelidikannya. Dia amat kagum dengan penemuan tersebut, sehingga tidak dapat diterima oleh akal fikiran.Dia adalah seorang Doktor Neurologi . Setelah memeluk Islam, dia amat yakin akan perubatan secara Islam dan dengan itu telah membuka sebuah klinik yang bertemakan “Perubatan Melalui Al-Qur’an” . Kajian perubatan melalui Al-Qur’an membuatkan ubat-ubatannya berteraskan apa yang terdapat di dalam Al-Qur’an.Di antara kaedah-kaedah yang digunakan termasuklah berpuasa, madu lebah, biji hitam (black seed) dan sebagainya. Apabila ditanya bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam, maka doktor tersebut memberitahu bahawa semasa beliau melakukan kajian urat saraf, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki oleh darah . Padahal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal. Setelah membuat kajian yang memakan masa, akhirnya beliau mendapati Bahawa darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan pada ketika seseorang itu sedang sujud semasa mengerjakan Sembahyang!!!Urat tersebut memerlukan darah hanya untuk Beberapa sukatan yang tertentu sahaja. Ini bermaksud bahawa darah hanya akan memasuki urat tersebut mengikut kadar sembahyang waktu yang diwajibkan oleh Islam…… Begitulah keagungan ciptaan Allah!!! tidak menunaikan sembahyang , akan otaknya tidak Akan dapat menerima darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal!!! Oleh yang demikian, kejadian manusia ini sebenarnya adalah untuk menganuti agama Islam ’sepenuhnya’ kerana sifat fitrah kejadiannya memang telah dikaitkan oleh Allah dengan agama-Nya yang indah ini.

Tuesday, June 29, 2010

Dimana nak cari bini yang 'ori'? Banyak 'Second-hand'

Kajian terbaru Universiti Putra Malaysia (UPM) mendedahkan lebih 300 remaja Melayu di bandar dan luar bandar berusia antara 13 hingga 25 tahun mengakui terbabit dengan salah laku seksual dan gejala seks bebas, sehingga ada yang menggugurkan janin.

Lebih mengejutkan, kira-kira 85 peratus daripada mereka yang melakukan perbuatan itu, bukan saja tidak kesal, malu atau takut dari segi dosa malah menyifatkan pengalaman berkenaan sebagai menyeronokkan.
Menurut kajian itu, mereka yang terjebak dengan gejala terbabit bukan disebabkan faktor tekanan akibat kegagalan institusi keluarga termasuk rumah tangga porak-peranda, sebaliknya tertarik dengan pengaruh rakan sebaya. Sebahagian besar mereka juga mengakui menerima pendidikan agama mencukupi.

Dapatan itu diperoleh daripada kajian enam bulan bertajuk ‘Keterlibatan Remaja Dalam Salah Laku Seksual’ dengan 400 responden ditumpukan kepada dua kumpulan sasaran di Lembah Klang dan juga kawasan luar bandar, iaitu pelajar sekolah menengah daripada Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima serta remaja di bawah usia 25 tahun. Kajian itu siap sepenuhnya Disember lalu.

Pengarah Pusat Kokurikulum UPM yang mengetuai kajian itu, Prof Madya Dr Mohammad Shatar Sabran, berkata ada responden mengakui terdedah kepada ‘dunia seksual’ seawal sekolah rendah, termasuk muat turun gambar lucah melalui telefon bimbit, menonton video lucah dan melayari laman web pornografi. Walaupun dapatan kajian di luar bandar dan Lembah Klang menunjukkan hasil lebih kurang sama, senario di luar bandar itu boleh dianggap lebih mengejutkan apabila ramai remajanya turut terjebak dengan gejala ini sedangkan kawasan berkenaan tidak mendapat pendedahan seperti di bandar raya,” katanya.

Antara tanggungjawab sebuah kerajaan dalam Islam adalah menjaga 5 asas kehidupan manusia. 1. Menjaga Agama. 2. Menjaga Harta. 3. Menjaga Akal. 4. Menjaga Zuriat & Keturunan. 5. Menjaga nyawa. Ia juga dianggap sebagai perkara dhoruriyat yang penting demi maslahah dan kepentingan sesuatu kehendak syariah.

Amat malang apabila pihak kerajaan gagal dalam menjaga semua ini dan kerajaan juga gagal menegakkan syariah Islam padanya. Hukum riddah, mencuri & merompak, minum arak, zina dan bunuh balas serta qisas adalah berkaitan dengannya. Suasana hari ini tidak selesa perkembangan anak-anak membesar dengan budaya Islam tetapi tetapi budaya kehaiwanan dan hawa nafsu serta syahwat. Penzinaan berlaku merata-rata dan bahkan sudah menjadi bala Allah Swt keatas bangsa Malaysia. Anak luar nikah sudah menjangkau juta. Malaysia sudah tidak selamat lagi untuk hidup terpelihara mengikut persekitaran melayu yang penuh budaya ketimuran apatah lagi mengharapkan persekitaran dan cara hidup Islam. Malaysia umpama mekah diera jahiliyyah.

Bagaimana generasi era 2020 nanti? Adakah lagi Insan di Malaysia ini? Adakah lagi bakal ibu muslimah untuk anak-anak mujahid sabilillah? Kalau hanya baki 1/4 dari remaja yang tidak mengamalkan sek bebas. Dimanakah nak dicari calon isteri yang ori? Adakah nanti semuanya barang second-hand?

الزَّانِي لَا يَنْكِحُ إِلَّا زَانِيَةً أَوْ مُشْرِكَةً وَالزَّانِيَةُ لَا يَنْكِحُهَا إِلَّا زَانٍ أَوْ مُشْرِكٌ وَحُرِّمَ ذَلِكَ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ

Laki-laki yang berzina tidak mengawini melainkan perempuan yang berzina, atau perempuan yang musyrik; dan perempuan yang berzina tidak dikawini melainkan oleh laki-laki yang berzina atau laki-laki musyrik, dan yang demikian itu diharamkan atas oran-orang yang mukmin (Surah an-Nur: 3)

Kalau berdasarkan ayat diatas nescaya tidak wajar orang yang beriman kawin dengan yang berzina, demikian pula sebaliknya. Habis dimanakah nak dicari bakal ibu yang soleh kepada anak-anak yang 3/4 sudah ditebuk tupai dan bagaimana pula seorang muslimah yang suci hendak mencari suami-suami atau bakal bapa yang soleh buat anak-anaknya yang tidak pernah berzina. Huhh dahsyatnya umat sekarang.

Saturday, June 19, 2010

Nik Aziz saran wanita solat Jumaat

Kompleks Masjid Daruttarbiyah bakal menyaksikan perubahan baru apabila kaum wanita disaran supaya menunaikan solat Jumaat seperti mana dilakukan kaum lelaki selepas siap pembinaannya kelak.

Harakah Daily melaporkan saranan itu diutarakan oleh Mursyidul Am, PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Sebenarnya sudah lama saya hendak tengok keadaan ini boleh dilakukan oleh wanita," katanya ketika berucap dalam Majlis Penyerahan dan Penerimaan Derma mengisi tabung kompleks masjid tersebut di Kampung Wakaf Zain, dekat Bachok, malam semalam.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, keselesaan ruang masjid yang cukup luas mampu membawa kaum wanita untuk turut bersama menunaikan solat Jumaat.

"Saya cadangkan ruang bawah untuk orang perempuan dan di sebelah atas pula bagi orang lelaki masa sembahyang Jumaat," katanya.

Kompleks masjid tersebut mula dibina sejak Ogos tahun lalu di atas tapak seluas satu ekar yang dibeli dengan harga RM180,000 manakala pembinaannya menelan belanja sebanyak RM2 juta dan dijangka siap pada Ogos 2011.

Kos pembelian tapak serta binaan adalah daripada sumbangan orang ramai.

Masjid dua tingkat yang kini dalam 40 peratus pembinaan itu dibina secara bergotong royong melibatkan seluruh kepimpinan cawangan termasuk penghulu-penghulu mukim dan masyarakat tempatan.

Friday, June 18, 2010

PAS haramkan semua bentuk perjudian


Parti Islam Se-Malaysia (PAS) kesal dengan komentar Tun Mahathir Mohamad berhubung dengan isu judi yang dihalalkan oleh Kerajaan Umno-BN. Tuduhan beliau bahawa PAS hanya mengharamkan judi bola sahaja adalah suatu fitnah yang jelas dan isu judi bukanlah isu politik seperti apa yang beliau fikirkan. PAS menolak dan mengharamkan semua aktiviti judi dinegara ini dan bukan melibatkan perjudian bola sahaja.

PAS jauh berbeza dengan Umno. Umno telah perintah negara selama 12 penggal, namun belum ada usaha dilakukan bagi menghapuskan judi. Selepas PAS memerintah, Kelantan berjaya menutup premis-premis judi. Di Kedah usaha menghapuskan judi berjalan secara berperingkat, begitu juga dengan Selangor dan Pulau Pinang yang diperintah Pakatan. Kita serius untuk menghapuskan judi dan mendidik rakyat ke arah kehidupan yang bebas dari maksiat.


Rakyat juga tahu, bahawa lesen perniagaan judi diluluskan oleh Kerajaan Pesekutuan, bukan Kerajaan Negeri. Kerajaan Negeri hanya meluluskan lesen premis dan iklan yang kebanyakannya diperolehi oleh tokey judi semasa zaman pemerintahan BN.


Mahathir sebenarnya dibayangi dosa-dosanya yang meluluskan judi dinegara ini semasa pemerintahannya dan rakyat akan terus mengingati beliau sebagai tokoh pemimpin yang memimpin negara dengan duit hasil judi. Beliau mungkin berfikir, Jika beliau tidak menyokong dasar Najib hari ini, pastinya orang-orang dalam Kerajaan akan mengutuk beliau kerana selama ini beliaulah orang nombor satu yang membantu membangunkan industri judi dalam negara ini.


PAS juga amat kesal kerana beliau masih bersikap prejudis kepada masyarakat Cina dinegara ini yang dalam pemikiran beliau dianggap sebagai kaum yang suka berjudi. Beliau hadir dan berucap dalam perhimpunan ‘Melayu Bangkit’ di Kuala Terengganu semalam dan mencipta prasangka buruk terhadap orang Cina. Perkara ini tidak wajar kerana masyarakat Cina juga bukanlah masyarakat yang suka berjudi, dan ucapan beliau ini adalah satu penghinaan.


Tabiat judi ini adalah masalah yang dicipta dalam masyarakat bagi melalaikan mereka. Dan Kerajaan mengambil kesempatan dari golongan yang tidak berilmu ini dengan mengeluarkan lesen bagi mengaut untuk hasil perjudian.


Sewajarnya Kerajaan memberikan pendidikan kepada rakyat, memberikan maklumat dan berusaha memerangi gejala judi dalam masyarakat sama macam memerangi gejala dadah.


Bila judi diharamkan maka rakyat juga tidak akan berani berjudi. Aktiviti judi haram perlu dilihat sama seperti sindiket pengedaran dadah dan hukuman berat wajib diberikan kepada penganjur aktiviti judi. Rakyat perlu diberitahu akan keburukan judi ini dan mengajak mereka bersama-sama memerangi judi.


Kerajaan harus menjadi Kerajaan yang membantu membina rakyat dan masyarakat ke arah yang lebih positif dan proaktif, bukannya menjadi kerajaan yang meruntuhkan akhlak rakyat.Jika kerajaan BN dikekalkan, maka sampai bila pun masyarakat dinegara ini akan terus dipersendakan dengan dasar-dasar yang tidak progreasif dan hilang sifat holistiknya.


Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Wednesday, June 9, 2010

7 tempat tuju roh selepas keluar daripada jasad

Sayyidina Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang ke mana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A: “Roh itu menuju ketujuh tempat:- ,

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.

2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.

3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.

4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.

5.Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.

6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.


7.Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin,mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat.”

Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-

1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.

Tuesday, June 8, 2010

Kelantan pesat membangun

KOTA BHARU, 8 Jun: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, negeri ini sedang pesat membangun biarpun pihak tertentu mendakwa kerajaan negeri tidak mampu melakukannya sejak PAS memerintah.

Katanya, tuduhan kerajaan PAS tidak mampu melakukan pembangunan seperti dakwaan itu hanya akan membuatkan golongan bukan Islam semakin terasing daripada agama suci itu.

“Namun kini, selepas kerajaan PAS Kelantan mendepani perubahan, masyarakat bukan Islam seluruh negara telah menyaksikan sendiri bagaimana sebuah kerajaan yang ditadbir ulama mampu berbuat demikian (pembangunan),” ujarnya.

Beliau menyatakan demikian ketika berucap pada Majlis Menandatangani Perjanjian Usahasama Projek Bandar Baru Tunjong di sini, hari ini.

Majlis perjanjian itu ditandatangani sendiri oleh pemilik-pemilik syarikat berkenaan bagi mewakili syarikat mereka sambil diperhatikan oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

Sebanyak 10 daripada 11 buah syarikat telah menandatangani perjanjian usaha sama antara Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) bagi memajukan projek tersebut.

Projek pembangunan yang berteraskan auto city dan pembangunan hartanah lain bertujuan untuk mengurangkan kesesakan bandar ini yang semakin kritikal khususnya pada waktu-waktu tertentu.

Seluas 2,000 ekar disediakan untuk projek bercampur yang bakal diisi dengan pembangunan rumah kedai, ruang pejabat, perumahan, masjid dan berbagai lagi.

Kerajaan negeri diwakili Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dana Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa dan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan.

Antara syarikat yang bakal melabur bagi memajukan pelbagai projek di bandar baru itu ialah Syarikat Kelantan Motors Credit (M) Sdn Bhd, Ban Chu Bee Sdn Bhd, Soons Seng Motors Enterprise Sdn Bhd.

Turut melabur ialah Charisma Positif (M) Sdn Bhd, Swee Chong Sdn Bhd, Sim Motors Workshop (KB) Sdn Bhd, Mentari Housing Sdn Bhd dan lain-lain lagi.

Sementara itu, Husam ketika berucap pada majlis yang sama memberitahu pihaknya menerima banyak tempahan para pelabur untuk mengambil bahagian melabur di situ.

Beliau turut berkeyakinan dalam tempoh dua hingga tiga tahun lagi, masalah kesesakan bandar ini akan selesai apabila siapnya pembangunan di situ.

“Kita juga yakin dalam tempoh lima tahun akan datang, Bandar Baru Tunjong akan jadi sebuah pusat pembangunan baru di Kota Bharu khususnya Kelantan,” ujarnya.

kepada blogger wanita.Kenapa Tak Rogol Saya?


Kisah benar ini berlaku di US.
Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bek...erja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus.

Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.

Disebabkan hari yang agak sudah lewat, berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan bersaorangan.

Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu.

Masa dia melepasi tempat lelaki itu bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.

Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu.

Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.

Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).

Dia pun tanya perogol itu..

“Why don’t you do anything to me on that night even though you know that I’m alone?”
(Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa tu?)

Perogol tu jawab:

“No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim.”
(Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak. Kalaulah awak sorang2 malam tu, sudah pasti awak jadi mangsa saya..)

Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.


p/s : MORAL CERITA INI???

Jika kita sebagai hambaNya menurut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan memelihara kita. Wanita tadi pertama-tamanya menutup aurat di US dan memang seorang yang menjaga batas-batas yang ditetapkan Islam. Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa ingat akan diriNya.

"...Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya ..."
[Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.]

Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan ku...
semoga kite semua mendapat pengajaran dan ilmu yang bermanfat...
sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan senjata orang mukmin iaitu DOA….

semoga kita sentiasa dipeliara Allah dari kejahatan syaitan yang di rejam…….

Korang yg bergelar wanita...amalkanlah..
moga lelaki bermata buaya emas tak ganggu kalian...

Wednesday, June 2, 2010

Puteri UMNO Relakan Politik Seks



Orang kata, UMNO dah nak karam. Dah nak kojol. Dah nak gol. Dah nak bungkus. Itu kata orang. Betul tidaknya, belum pasti lagi. Tapi riak-riak perlambangannya sudah terpampang di depan mata.

Orang kata, UMNO dah nak karam. Dah nak kojol. Dah nak gol. Dah nak bungkus. Itu kata orang. Betul tidaknya, belum pasti lagi. Tapi riak-riak perlambangannya sudah terpampang di depan mata.

Di bawah ini contoh kemungkaran terbaru membabitkan UMNO. Sesudah bergelumang dengan politik wang buat kesekian lamanya, kini ada segelintir pemimpin UMNO mengamalkan politik seks. Mereka minta habuan seks daripada anggota Puteri UMNO yang perlukan pertolongan berkempen bagi jawatan di peringkat nasional.

Hakikat ini didedahkan oleh Sritribuana dalam komennya kepada posting di blog ini pada Rabu, 19 November 2008, bertajuk Kita Nak Tubuhkan Parti Politik Baru?

Sritribuana mengirimkan komennya pada jam 11.36 malam, 5 Disember 2008, seperti berikut:

Dalam musim pemilihan, ada pemimpin UMNO yang hebat-hebat. Apabila para Putri UMNO minta pertolongan dan bantuan berkempen untuk jawatan peringkat nasional, ada pemimpin yang menjawab: “tak kan tolong aje. You boleh bagi apa kat I?” Dengan ikhlas, para Putri akan jawab, tidak ada duit. “Duit I dah ada..” Apa yang mereka mintak dari remaja-remaja yang baru nak berjinak-jinak dengan UMNO, kalau tidak tubuh badan para remaja berkenaan? Ajak bercuti. Jangan ajak kawan. Ini bukan sketsa dogeng di zaman moden. Ada kebenarannya. Tidakkah para Putri itu dari kalangan bangsanya sendiri? Sebab itulah kebanyakkan para Putri UMNO, lebih-lebih lagi yang terpelajar, apabila menghadiri seminar, perjumpaan di mana para pemimpin UMNO yang berapi-api berucap tentang bangsanya, mereka merasa jijik. - Sritribuana

Saya yakin komen di atas datangnya dari lubok kalbu Sritribuana sendiri. Ia adalah kisah benar yang sebenar-benarnya. Ia bukannya “sketsa dogeng di zaman moden.” Tetapi realiti kebobrokan UMNO yang hampir karam dengan kemungkaran, jenayah dan maksiat.

Saya cadangkan Sritribuana adukan kes rasuah seks ini kepada Jawatankuasa Disiplin UMNO. Itu pun kalau mereka percaya. Kalau tak, berilah perincian yang lebih mendalam kepada blog ini supaya boleh didedahkan seluas-luasnya.

Begitulah UMNO ketika ini. Politik wang menjadi-jadi. Kemungkaran kian meluas. Presidennya dikatakan asyik main politik ikut telunjuk menantu serta dalangnya. Bahtera perjuangan yang dah nak karam dibiarkan tanpa usaha membaikinya. Warga UMNO yang kian meluat ke mana akhirnya kesetiaan mereka?

Kata exco puteri UMNO Dati Ismalina menasihatkan mana pemimpin UMNO agar tidak menjadikan gadis - gadis puteri UMNO sebagai tempat untuk melampiaskan Nafsu serakah demi menawarkan sebarang penajaan keatas sesuatu pertandingan atau jawatan kepada Puteri UMNO kedalam Parti.....

Kata naib ketua puteri UMNO iaitu YB Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin mengingatkan ahli - ahli Puteri agar tidak menjadikan "batang tubuh" mereka sebagai modal untuk mendapatkn mana - mana jawatan dalam Parti...

kata penolong setiausaha PuteriUMNO BIBI SHARLIZA BT MOHD KHALID "Budaya politik seks harus di tangani dengan segera sebelum ianya jadi lebih parah"

Anak Siapakah Ini, Melaka Maju 2010

Anak siapakah bayi ini yang ditinggalkan ditepi jalan. Bayi ini ditemui di tepi jalan Kg Permatang Duyong, Melaka. Ketika ditemui bayi malang ini telah meninggal dunia.Mengapa bayi ini dibuang oleh ibu bapanya tanpa peri kemanusiaan. Binatang pun tidak sanggup melakukan anaknya sezalim ini.Adakah ini rakyat di sebuah negeri yang dikatakan maju.?
Adakah kita berbangga mempunyai sebuah negeri yang dikatakan maju tetapi mundur dari segi sifat kemanusiaan.?


Untuk maklumat tahun lepas (2009) sahaja seramai 393 anak luar nikah dilahirkan di Melaka. Namun sehingga kini kerajaan negeri dilihat tidak serius menangani masalah ini.
Sumber gambar dan berita : Utusan

Bankrap: Negara maju 2020 angan-angan Mat Jenin

TEMERLOH, 2 Jun: Kenyataan kerajaan bahawa negara akan bankrap pada tahun 2019 jika terus memberikan subsidi membuktikan wujudnya kegagalan perancangan dan pengurusan ekonomi yang sekali gus membuktikan hasrat melihat negara ini maju pada 2020 tajaan pemimpin Umno BN umpama angan-angan Mat Jenin.

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) berkata, isyarat kegagalan wawasan 2020 datang daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala yang menyatakan negara akan bankrap pada 2019 jika terus memberi subsidi sedangkan kerajaan meletakkan negara maju pada 2020.

“Bagaimana kita boleh maju sedangkan kita berada dalam situasi muflis 2019. Ini adalah kegagalan kerajaan, kegagalan Umno BN merencana dan mengurus ekonomi,” katanya.

Tambahnya, tindakan meletakkan bebanan kewangan negara kepada pemberian subsidi adalah tidak adil sedangkan banyak faktor yang boleh menyebabkan bankrap terutama berlakunya ketirisan dan kelemahan perancangan kerajaan.

“Bayangkan berapa banyak wang yang lesap akibat daripada penyelewengan dalam syarikat kerajaan dan ketirisan dalam pengurusan ekonomi. Faktor ini tidak diambil kira dan disenyapkan faktanya.

“Akhir-akhir ini kita didedahkan terlalu banyak isu termasuk kerugian besar Sime Darby. Malangnya apabila berhadapan krisis ekonomi kerajaan meletakkan bebanannya kepada rakyat, ini tidak adil,” katanya.

Tuan Ibrahim turut mendesak kerajaan mengkaji balik bentuk pengurusan negara yang membabitkan banyak agensi yang bertindih fungsinya sehingga boleh membebankan kewangan negara.

“Banyak saya lihat pertindihan tugas atau fungsi di jabatan kerajaan, sebagai contoh penguatkuasaan di jalan raya, di sektor pertanian dan sebagainya. Keadaan itu mungkin boleh dikaji balik dan boleh menjimatkan wang negara,” katanya.

Wednesday, March 10, 2010

Pengasas laman Facebook seorang pengodam emel



Pengasas laman web perkongsian sosial Facebook di Internet, Mark Zuckerberg didakwa menggodam akaun e-mel beberapa saingannya dan wartawan, lapor akhbar Mail On Sunday semalam.

Ketua pegawai eksekutif laman perkongsian sosial yang paling berjaya di dunia itu didakwa melanggar sekurang-kurangnya dua privasi dalam satu siri artikel yang disiarkan oleh BusinessInsider.com.

Sebagai sebahagian daripada siasatan yang dilakukan selama dua tahun mengenai pengasas Facebook itu, majalah tersebut mendedahkan apa yang didakwanya sebagai satu penggodaman pada 2004.

Pada satu kejadian, majalah itu melaporkan bahawa Zuckerberg mendapati bahawa akhbar Universiti Harvard, The Crimson merancang untuk menyiarkan artikel mengenai dirinya pada 2004.

Dia dituduh menggunakan kata laluan beberapa pemberita akhbar berkenaan untuk menggodam akaun mereka.

Pada satu lagi kejadian, majalah BusinessInsider.com mendakwa Zuckerberg menggodam akaun beberapa saingannya di Universiti Harvard yang menuduhnya mencuri idea mereka bagi mewujudkan laman perkongsian sosial tersebut.

Dia kemudian didakwa cuba untuk mensabotaj rangkaian saingannya yang telah mereka wujudkan.

Majalah itu mendakwa Zuckerberg mengetahui akhbar The Crimson merancang untuk menulis satu artikel apabila dia dipanggil untuk ditemu ramah pada 2004.

Akhbar itu merancang untuk menyiasat dakwaan yang dilakukan oleh beberapa pelajar Universiti Harvard bahawa Zuckerberg telah mencuri idea rangkaian sosial mereka.

Dakwaan itu kini telah didokumenkan dan menjadi satu tuntutan undang-undang bernilai AS$65 juta (RM218 juta).

Pada 2004, Facebook yang kini mempunyai pengguna lebih 40 juta orang di seluruh dunia dan nilainya ialah berjuta-juta dolar masih dianggap merupakan satu rangkaian yang terhad kepada pelajar-pelajar Universiti Harvard yang dikenali sebagai Thefacebook.com.

Pada ketika itu, Zuckerberg terlibat dalam satu perbalahan dengan tiga lagi pelajar Universiti Harvard yang telah memintanya untuk membantu mereka mewujudkan satu laman web sosial.

Pelajar-pelajar lain Universiti Harvard itu, Cameron Winklevoss, Tyler Winklevoss, dan Divya Narendra telah menuduh Zuckerberg dengan sengaja untuk menyalahfahamkan mereka mengenai kesediaannya untuk membantu mereka mewujudkan laman web mereka, HarvardConnection.com.

Ketiga-tiga mereka telah mendekati akhbar itu, The Crimson berhubung dakwaan yang dibuat ke atas Zuckerberg.

Menurut akhbar tersebut, pemberita-pemberita The Crimson kemudiannya bercakap berhubung dakwaan ke atas Zuckerberg.

Zuckerberg dilihat cuba untuk meyakinkan akhbar berkenaan bahawa rangkaian sosial yang sedang diciptanya itu berbeza dengan HarvardConnection.com.

Pada awalnya, dia menganggap HarvardConnection.com sebagai satu laman temu janji.

Akhbar itu menarik artikel berkenaan.

Bagaimanapun, selepas beberapa dakwaan lain muncul, Zuckerberg menjadi bimbang bahawa akhbar berkenaan akan menyiarkan berita mengenainya semula.

Majalah BusinessInsider.com mendakwa, Zuckerberg kemudian memberitahu seorang rakannya bahawa dia telah menggodam akaun kakitangan akhbar The Crimson.

Zuckerberg didakwa memberitahu rakannya itu bahawa dia menggunakan TheFacebook.com untuk mencari anggota yang merupakan kakitangan akhbar The Crimson.

Dia kemudian memeriksa satu laporan mengenai kesilapan kata masuk untuk melihat jika terdapat sebarang anggota-anggota akhbar The Crimson telah menggunakan kata laluan yang tidak betul ke dalam TheFacebook.com.

Majalah itu mendakwa bahawa Zuckerberg pernah berkata bahawa dia cuba menggunakan kata laluan yang tidak betul untuk mengakses e-mel akaun anggota-anggota pelajar Universiti Harvard di Amerika Syarikat.

Dalam dua kejadian, majalah itu mendakwa, dia berjaya dan mampu untuk membaca e-mel antara kakitangan akhbar The Crimson yang membincangkan kemungkinan untuk menulis artikel berhubung tuduhan yang berlaku ke atas dirinya.

SEORANG lelaki Indonesia memeriksa laman Facebooknya di sebuah kafe Internet, Jakarta pada 17 Februari lalu.

Dengan perkataan lain, dakwa majalah itu, Zuckerberg dilihat menggunakan data masuk peribadi dari TheFacebook untuk menggodam ke dalam e-mel akaun berasingan daripada beberapa pengguna TheFacebook.

Ia bukannya kali pertama Zuckerberg melanggar privasi.

Dalam satu artikel berasingan, majalah itu menuduh bahawa Zuckerberg telah menggodam beberapa saingannya di HarvardConnection.com - iaitu pada Mei 2004, ia dinamakan semula ConnectU.

Walaupun Facebook telah popular pada musim panas 2004 dengan mencapai berjuta-juta pengguna, Zuckerberg, menurut majalah tersebut masih berasa bimbang mengenai persaingannya itu.

Kebimbangan itu menyebabkannya menggodam ke dalam laman ConnectU dan membuat beberapa perubahan bagi memperbanyakkan profil pengguna termasuk salah seorang daripada pengasasnya dan seorang rakan yang menuduhnya mencuri idea Facebook, Cameron Winklevoss.

Majalah BusinessInsider.com menuduh Zuckerberg mencipta satu akaun palsu yang dipenuhi dengan maklumat palsu Winklevoss.

Zuckerberg turut didakwa memasuki akaun beberapa pengguna ConnectU dan mengubah setting privasi yang dilihat untuk menjadikan sukar bagi orang ramai mencari rakan di rangkaian itu.

Majalah itu mendakwa, Zuckerberg menjadikan 20 akaun ConnectU tidak aktif.

Apabila Facebook didekati dengan banyak dakwaan oleh majalah BusinessInsider.com, syarikat tersebut memberitahu akhbar Mail Online di Britain: "Kita tidak akan berbahas mengenai pergelutan perbicaraan dan sumber-sumber tanpa nama yang mahu menulis semula sejarah awal Facebook atau memalukan Zuckerberg dengan beberapa tuduhan." - Agensi

Monday, February 15, 2010

ROYALTI : PEGAWAI KU LI PULA KRITIK MUHYIDDIN

Dzulfikar Mashoor
KUALA LUMPUR, 16 Feb: Mohd Lokman Ghani, Pegawai Khas bagi Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah semalam secara terbuka mempertikai tindak-tanduk Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana tidak menghormati pendirian veteran Umno Kelantan itu menyertai suatu forum isu royalti minyak penghujung bulan lepas.

Kritikan tersebut selepas Tengku Razaleigh atau Ku Li sendiri menyatakan kesediaan untuk menghadapi tindakan disiplin Umno sekiranya dianggap menyalahi perlembagaan parti perkauman tersebut, sebagaimana yang dibangkitkan oleh beberapa pemimpin Umno negeri dan nasional sebelum ini.

"Saya merasa kecewa dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri (TPM) yang juga Timbalan Presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang seolah-olah tidak faham dan masih tidak mahu faham tentang pendirian Ku Li sedangkan Ku Li sudah beberapa kali menegaskan bahawa beliau berucap di pentas NGO iaitu Gegar," jelas beliau seperti dipetik dari blog perisik-rakyat, http://perisik-rakyat.com.

"Saya hairan adakah TPM, Perdana Menteri dan ahli parti semua mendengar ucapan Ku Li? Saya harap supaya semua mereka mendengar dari awal hingga akhir. Apakah kenyataannya itu melanggar Perlembagaan dan disiplin Umno?"

Menurut Lokman lagi, pendirian Ku Li itu bertujuan untuk tidak mahu bersekongkol dan berbohong bersama-sama dengan kerajaan Persekutuan dalam menafikan hak kerajaan serta rakyat Kelantan dari menikmati royalti minyak, bukannya 'wang ehsan'.

"Kalau kerajaan bohong takkan Ku Li nak ikut sama berbohong? Terpulang kepada Lembaga Disiplin Parti untuk menentukan sama ada beliau bersalah atau tidak kerana apa yang hendak disampaikan oleh beliau ialah undang-undang dan perjanjian yang telah ditandatangani antara Petronas dan wakil Kerajaan Negeri Kelantan memandangkan beliau sendiri yang telah menandatanganinya dan beliau lebih tahu akan soal ini," jelasnya.

"Apa yang hendak disampaikan adalah perkara yang benar. Beliau tidak mahu berbohong dan beliau hanya mahu bercakap perkara yang benar. Apakah kenyataan benar dan tepat itu bercanggahan dengan kehendak parti? Apakah Ku Li perlu diseret sama untuk berbohong kepada rakyat semua?"

Beliau turut menafikan bahawa Ku Li pernah mengeluarkan kenyataan yang tidak konsisten berhubung status royalti minyak Terengganu, ketika menjadi saksi mewakili kerajaan PAS Terengganu suatu ketika dulu.

Beliau mendakwa Muhyiddin tidak pula mengenakan tindakan kepada Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz kerana mengeluarkan kenyataan tidak menghalang niat Ku Li untuk menyertai badan bukan kerajaan (NGO) Gegar sehari sebelum sebelum forum tersebut dilangsungkan.