Aku berhenti berehat di salah satu sudut dalam bangunan tersebut. Disamping itu, aku melihat orang lalu lalang, dan memerhatikan gelagat manusia yang berbeli dan ada juga yang bersiar-siar sepertiku. Sedang asyik memerhatikan gelagat manusia, tiba-tiba datang seorang anak gadis cina menyapa, "abang sudah pakai Celcom?"
"Oooo.. orang celcom rupanya" hatiku berkata.
Kelihatan seorang anak gadis berbangsa cina menegur untuk mencadangkan kepadaku agar menggunakan nombor telefon Celcom. Sambil tersenyum aku membalas, "Saya sudah pakai nombor celcom maa!" jawabku dengan loghat selangor.
Kebiasaanku, apabila berjumpa dengan orang yang mampu berloghat kelantan, pasti aku berbicara dengannya dalam loghat kelantan juga. Tetapi, disebabkan terbiasa dengan loghat negeri Selangor, aku membalas pelawaan anak gadis cina itu dalam loghat selangor tanpa aku sengaja. Rupa-rupanya, apabila aku membalas pelawaan itu dengan loghat selangor, menyebabkan anak gadis itu berkata, "Awak bukan orang kelate ker?"
"eh tak lah.. saya ore kelate, tapi tinggal di Selangor" jawabku
"Ooo. Awak balik kampung la ni?" tanyanya sambil melemparkan senyuman manis.
"ya.." jawabku ringkas, sambil membalas senyuman anak gadis cina itu.
sambil membetulkan buku yang dipegang, dia bertanya lagi,"Oooo. Gitu ko.. Kampung mmano?"
"jerteh"
"jerteh bukan Kelate la, kan itu kat teganu" balasnya dengan loghat kelantan fasih. Jika tanpa melihat wajah, sudah pasti kita akan kata dia bukan anak cina.
Saya kelahiran kelate, tapi mertua saya tinggal di Jerteh
Oooo..... awak kerja di selangor ko?
aah ahâ
awak kerja apa?
Soalan ini agak susah untuk aku menjawabnya. Aku pun mengeluarkan kad business dan menghulurkan kepadanya.
Editor Syariah itu apa? soalnya sambil membaca kad businessku..
Aku tersenyum dengan soalanya itu. aku menjawab, editor syariah itu, kerjanya tulis buku-buku islam. kalau ada kesilapan pada terjemahan dan tulisan ayat al-Quran dan hadis yang tidak tepat, saya akan betulkan jawabku panjang lebar.
Oooo, gitu katanya sambil dia tidak habis-habis memerhatikan baju T-Shirt yang aku pakai- yang terpampang gambar Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat.
"saya mahu tanya sikit, tapi awak jangan marah" sambil dia berpaling tengok ke belakang. Mungkin dia sedang memerhatikan kawan-kawannya yang sedang perhatikan perbualan kami dari jauh.
Aku melihat ke arah mereka, sambil itu aku berkata, "awak nak tanya apa? Saya tak marah punya"
"awak orang PAS kan?" tanyanya sambil meleretkan pandangan matanya kepada gambar Tuan Guru Nik Abdul Aziz di baju T-Shirtku.
Aku ketawa kecil bila ditanya dengan soalan itu, "ade ke orang UMNO pakai baju ada gambar Tuan Guru Nik Abdul Aziz?" tanyaku
"kami ore cina sayang sangat Tok Guru" cakapnya
Aku tergamam sekejap. Tidak semena-mena, aku merasa kagum kepada anak gadis cina itu. Dari wajahnya, aku beranggapan anak gadis cina ini baru berumur dalam awal 20 an. Selalunya, anak-anak muda seumur itu, tidak mengambil tahu sangat tentang tokoh-tokoh politik, terutama mereka yang berbangsa cina. Tiba-tiba, anak gadis semuda itu, boleh melemparkan ayat kekagumannya terhadap Tuan Guru Nik Abdul Aziz.
"berapa umur awak?" aku bertanya
"19 tahun" jawabnya.
"kenapa awak sayang sama Nik Aziz?" tanyaku
"bapa dan ibu saya selalu puji Tok Guru.. mereka cakap, Tok Guru orang baik.. dia macam dewa" jawabnya ringkas.
"emmm... saya kagumlah sama awak.. awak anak gadis muda, tapi awak tidak buta politik" kataku sambil tanganku memegang bajuku yang terpampang gambar Tuan guru Nik Abdul Aziz.
Dia tersenyum bila aku berkata begitu..
"erk... tak pe la..kawan-kawan sudah tengok pelik sama saya.. ok.., bye..bye" sambil dia melambaikan kepadaku.
Kebetulan itu, memang sudah tersimpan dalam begku sebuah buku yang bertajuk "Bidadari dari timur" yang sedang elok menceritakan tentang perjalanan hidup Datin tuan Sabariah, Isteri Tuan Guru dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz.
"nanti jap.. sebab awak suka sama Tok Guru Nik Aziz, saya mahu kasi awak hadiah..." sambil aku buka begku yang berwarna askar, dan menghulurkan buku itu kepadanya.
Sambil tersenyum dia menerima..
"apa agama awak?" tanyaku
"Buddha" jawabnya ringkas..." aku mengakhiri pertemuan kami itu..
Aku pun berlalu pergi, sambil itu kelihatan dia melambai tangan sambil mulutnya menyebut, "bye..bye"
































KOTA BHARU, 25 Syawal 1430 - Kejayaan PAS menerajui Kelantan ke arah menurut syariat Islam turut dikagumi oleh tokoh Ulamak dari negara Afrika Selatan iaitu Sheikh Eighsaan Hendricks yang merupakan President Muslim Judicial Counsil.
KOTA BHARU, 2 Syawal 1430 - YAB Menteri Besar Kelantan menyerus kepada semua anak Kelantan di perantauan agar menjadikan konsep Membangun Bersama Islam agenda dalam kehidupan harian mereka dan sentiasa menjaga maruah keluarga dan maruah negeri ini.
GUA MUSANG, 9 Syawal 1430 - Maahad Muhammadi Gua Musang(MMGM) yang kini telah berusia 25 tahun telah mengadakan sambutan Jubli Perak baru-baru ini dengan mengadakan pelbagai program Pemeriksaan Kesihatan percuma,Pameran buku,demontrasi mencegah kebakaran oleh pasukan Bomba dan Penyelamat,Kaunter Daftar Pemilih,perlawanan bolasepak persahabatan serta forum perdana yang menampilkan dua ahli panel iaitu Dato’Tuan Ibrahim Tuan Man dan Zamihan Mat Zin. 


