Tuesday, September 1, 2009

7 Sekolah Jadi Perintis Belajar Bahasa Mandarin






ImageKOTA BHARU, 4 Syaaban 1430 - Yayasan Islam Kelantan dalam merialisasikan hasrat Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk menarik minat masyarakat Tionghua meneruskan pengajian mereka di sekolah aliran agama kelolaan YIK dimulakan dengan penubuhan kelab Bahasa Mandarin di beberapa buah sekolah yang dipilih terlebih dahulu.
Majlis perasmian Kelab Bahasa Mandarin telah dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah,Dato Haji Mohd Amar Nik Abdullah yang diadakan di Maahad Muhammadi(P) Jalan Merbau.

Turut hadir,Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan YIK, Ustaz Muhammad Zakaria yang mewakil Pengarah YIK,Penolong Pengarah bahagian Pengurusan Ustaz Muhammad Ya,Pengetua-Pengetua sekolah YIk dan pelajar.

Dato’Mohd Amar ketika merasmikan majlis tersebut berkata,ilham untuk menubuhkan kelab ini adalah lahir dari hasrat Tuan Guru sendiri yang ingin menjadikan bahasa Mandarin sebagai bahasa pengantar di samping bahasa Arab dan English pada satu masa nanti di sekolah YIK.

Bagi mencapai hasrat tersebut, Yayasan Islam Kelantan telah dipertanggungjawab melalui sekolah-sekolah yang dipilih sebagai perintis. Sebanyak tujuh buah sekolah iaitu Maahad Muhammadi (L),Maahad Muhammadi(P), Maahad Pengajian Islam Jalan Bayam,Maahad Muhammadi Pasir Mas,Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah,Maahad Tahfiz Wal-Qiraat Pulai Chondong dan Sekolah Menengah Ugama(A) Mardhiah Panchor dengan seramai 250 pelajar dan 5 tenaga pengajar.

Kelab ini telah diletakkan dibawah Ko-Kurikulum dan pelajar diberi pilihan untuk menyertainya dan ia telah dmulakan pada awal bulan Febuari tahun ini.

Dato Mohd Amar juga berkata tujuan Kelab ini dilaksanakan adalah kerana dengan memahami pelbagai bahasa,proses menyampaikan dakwah adalah lebih mudah serta ia juga dapat merapatkan hubungan antara kaum.

“Kita sekian maklum,masyarakat cina di negara ini adalah kedua terbesar dan ini menggambarkan bahasa mereka juga penting,oleh itu kerajaan negeri amat berharap program yang diperkenalkan ini pada satu hari nanti,orang melayu turut dapat bertutur dalam bahasa cina”ujar beliau.

Sementara itu, Ustaz Muhammad Zakaria ketika berucap juga berkata kejayaan kelab ini ditubuhkan adalah kerana mendapat sambutan yang menggalakkan dari pelajar dan kesungguhan ibu bapa yang membenarkan anak-anak mereka mengikuti kelas yang diadakan dua jam pada setiap minggu.

“Alhamdullillah,kita dapati pelajar yang mengikuti kelas perintis ini sudah dapat bertutur,membaca dan menulis dalam bahasa mandarin”katanya.

“Saya juga berharap sedikit masa lagi,program Bahasa Mandarin di sekolah kelolaan YIK akan diperluaskan ke sekolah lain dan ini akan menambahkan pelajar melayu dapat bersama-sama dengan kaum cina dan boleh menarik minat mereka untuk memasuki sekolah aliran agama ini”ujar beliau lagi.

Menurut Penyelia Ko-Kurikulum YIK, En.Mohd Anuar Awang,40, program Kelab Bahasa Mandarin ini kini mempunyai lima tenaga pengajar iaitu Ustaz Ali Muhammad,Muhd Hassan Ali,Puan Shazlyn Wong Abdullah,Puan Nik Mastura Nik Adid dan Ibrahim Ahmad. Tiga darinya adalah dari bangsa cina dan dua lagi ialah guru melayu yang fasih berbahasa cina.

No comments:

Post a Comment