Monday, August 30, 2010

Kerajaan kelantan saman petronas...

Kerajaan negeri Kelantan, dengan ketuai oleh Menteri Besar, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat, telah memfailkan saman terhadap syarikat minyak negara, Petronas, untuk menuntut royalti minyak yang tidak dibayar sejak 2004.Saman terhadap Petronas itu meliputi dakwaan melanggar perjanjian kontrak dan juga turut membabitkan isu perlembagaan.Nik Aziz yang diiringi oleh timbalannya, Datuk Ahmad Yaakob dan exco kanan kerajaan negeri, Datuk Husam Musa dan Datuk Takiyuddin Hassan, menyaksikan saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Dagang Kuala Lumpur pagi ini. Turut hadir ialah bendahari PAS, Dr Mohd Hatta Ramlli.Peguam kanan Tommy Thomas mewakili kerajaan Kelantan.Notis sepanjang 47 halaman itu antara lainnya menuntut:
1. Pelaksanaan spesifik perjanjian petroleum Kelantan.2. Siasatan dijalankan ke atas Petronas untuk membuat pendedahan penuh berhubung fakta berkaitan bayaran tunai yang perlu dibayar kepada Kelantan.
3. Perintah supaya semua tunggakan bayaran tunai dilunaskan dalam tempoh sebulan daripada perintah mahkamah.4. Gantirugi beserta kos dan faedah ke atas jumlah yang diperintahkan dibayar.5. Relief lain dan juga kebebasan untuk memohon.Anggota polis bertindak mengawal keadaan di kawasan komplek mahkamah sejak awal pagi ini.Pertikaian berlarutanIsu royalti minyak yang berlanjutan selama ini, timbul semula sewaktu kempen pilihan raya kecil DUN Manek Urai tahun lalu.Ini diikuti dengan tindakan kerajaan pusat pula menyiarkan beberapa dalam akhbar berbahasa Melayu, menyatakan bahawa Kelantan tidak layak menerima royalti minyak kerana ia telah menerima "wang ehsan" sebanyak RM20 juta.
Hujah berkenaan bagaimanapun disangkal oleh bekas naib presiden Umno dan juga bekas pengerusi Petronas Tengku Razaleigh Hamzah yang menyifatkannya sebagai "menghina kebijaksanaan" rakyat Kelantan.Saman pemula hari ini merupakan rentetan daripada tindakan kerajaan pimpinan PAS Kelantan pada Mac lalu melantik Tengku Razaleigh sebagai wakil perunding negeri itu untuk menuntut royalti minyak daripada kerajaan pusat.Kelantan didakwa berhak menerima bayaran royalti minyak antara RM850 juta hingga RM1bilion untuk pengeluaran di pelantar minyak yang terletak sejauh 170 kilometer dari perairan Kelantan.
Husam sebelum ini berkata bayaran tersebut perlu dibuat mengikut Akta Petroleum 1974 yang membolehkan negeri menerima royalti minyak sebanyak lima peratus daripada hasil perolehan petroleum.

Thursday, August 5, 2010

1malaysia anak melayu




Inilah gaya Gadis melayu la ni.. ntah depa paham ke idak maksudnya?
Amat malanglah kalau depa paham!

Inilah hasilnya kelak!

Apa pendapat sahabat semua?

jangan salah faham ye.Tu adalah 1malaysia anak2 malayu kita.

Hidup melayu.....1malaysia...wakaka

Sekat pergaulan bebas, bukan kahwin awal

Cadangan Kerajaan Negeri Melaka memberikan kelonggaran kepada remaja yang masih bersekolah untuk berkahwin bukan suatu penyelesaian jangka panjang, kata Timbalan Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusuf.

Beliau berkata, kebenaran perkahwinan di awal usia bukan isu pokok sebaliknya yang harus diberikan perhatian adalah seluruh sistem kehidupan yang diamalkan di negara ini.

"Kerajaan tidak melihat penyelesaian yang lebih jauh. Penyelesaiannya bukan terletak kepada pelajar diberi kahwin awal tapi penyelesaiannya sistem itu sendiri iaitu sistem pembelajaran, pendidikan, dan sosial.

"Sistem yang ada di negara kita ini jauh menyimpang dari al-Quran. Contohnya sekarang ini di sekolah-sekolah atau di mana sahaja banyak program yang menyebabkan pergaulan bebas lelaki dan perempuan.

"Ini menyebabkan berlakunya masalah hamil dan anak luar nikah di negara kita begitu ketara sekali," katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Ahli Parlimen Rantau Panjang itu juga berkata, kerajaan seharusnya mengambil langkah pencegahan dengan menyekat segala aktiviti dan tempat-tempat yang boleh membuka ruang kepada remaja bergaul bebas seterusnya terjerumus ke kancah penzinaan.

"Selain daripada kita mengkaji balik cadangan perkahwinan awal itu, kita kena melihat dari segi peraturan, penguatkuasaan undang-undang yang ada dari segi kawalan sistem itu sendiri supaya perkara ini menjurus ke arah mengawal maksiat ini daripada berlaku.

"Sekarang kerajaan baik, rakyat baik, harus menjauhi daripada segala bentuk yang dapat mendekatkan diri dengan zina," ujarnya.

Katanya juga, keputusan membenarkan pelajar yang masih bersekolah itu berkahwin dibimbangi menyebabkan masalah keciciran dalam akademik akibat tidak dapat mengendalikan rumah tangga dengan baik.

"Perlu juga melihat sejauh mana pelajar yang berkahwin itu bertanggungjawab terhadap perkahwinannya. Kita bimbang tidak sampai kepada hala tuju dan penyelelesaiannya. Saya takut mereka yang berkahwin akan keciciran dalam pelajaran kerana tidak ada penyelesaian terhadap sara hidup. Jadi tidak selesaikan masalah," katanya lagi.

Ujarnya, kerajaan Umno Barisan Nasional harus melihat keseluruhan sistem Islam, bukan mengambil sebahagian sahaja yang memberi kebaikan kepada mereka.

"Saya minta kerajaan melihat Islam secara keseluruhan, bukan sudut-sudut tertentu yang mendatangkan kebaikan kepada mereka," ujarnya.

Sementara itu, Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta Kerajaan Negeri Melaka membuat kajian secara mendalam sebelum memberi kelulusan bagi membenarkan pelajar sekolah berkahwin awal bagi mengelakkan kesan negatif di kemudian hari.

Majlis Agama Negeri Melaka (MAIM) dan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) telah memberi kelonggaran bernikah kepada pelajar lelaki di bawah umur 18 tahun dan bawah 16 tahun bagi pelajar perempuan.